Penyelesaian Pembiayaan Fleksibel untuk Platform e-Dagang
Memperkasa Platform dan Penjual dengan Akses Lancar kepada Modal Pertumbuhan
Kami membantu penjual di platform e-dagang mengurus aliran tunai, mengurangkan risiko FX dan mengembangkan pasaran global mereka melalui pembiayaan pelbagai mata wang serta penyelesaian teknologi inovatif.
Rangkaian Penyelesaian yang Menmacu Pemain e-Dagang Global
Pengurusan Perbendaharaan Masa Nyata
Membolehkan platform mengurus transaksi rentas sempadan berjumlah tinggi dengan penyelesaian lebih pantas serta pemindahan dana yang telus untuk penjual dan pembeli di seluruh dunia.
Penyelesaian FX Dikuasakan AI
Dengan meramal aliran tunai dan pendedahan FX, platform dapat menawarkan harga tempatan yang tepat kepada pelanggan antarabangsa, membantu mengurangkan kos sambil melindungi margin jualan rentas sempadan.
Pembiayaan Terbenam
Berikan penjual anda akses kepada dana secara fleksibel dengan menyepadukan kemudahan pembiayaan terus ke dalam platform anda.
Penyelesaian pembiayaan yang kami tawarkan bersama termasuk modal kerja, akaun belum terima, Bayar Kemudian (Pay Later), serta pembiayaan berasaskan hasil.
Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS): Sistem Pengurusan Pinjaman
Membolehkan platform e-dagang menawarkan dan memperluas model perniagaan pinjaman mereka dengan lebih cekap.
Penyelesaian kami mampu mengurus jumlah akaun pinjaman yang tinggi serta menawarkan konfigurasi fleksibel untuk memperkemas operasi.
Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS): Enjin Kredit
Membolehkan rakan kongsi e-dagang menilai, meramal dan membuat keputusan kredit dengan lebih bijak, cekap, tepat dan pantas.
Perisian-sebagai-Perkhidmatan (SaaS): Sistem Pengurusan Kutipan
Meningkatkan kadar pemulihan kutipan dengan menyokong pelbagai saluran kutipan bagi melindungi keuntungan platform anda serta mengurangkan risiko keseluruhan.
Data-sebagai-Perkhidmatan (DaaS)
Membantu platform menilai penjual baharu dengan lebih tepat serta memperluas pembiayaan kepada perniagaan rentas sempadan yang kurang mendapat akses, melalui penggunaan data kredit alternatif dan pemarkahan dikuasakan AI.
Risiko-sebagai-Perkhidmatan (RaaS)
Membantu platform mengurus risiko kredit dan memperkemas operasi pinjaman dengan memanfaatkan kepakaran pasukan kami dalam pengurusan risiko.
Sedia untuk mempercepat pertumbuhan e-dagang anda?
Membantu platform mengurus risiko kredit dan memperkemas operasi pinjaman dengan memanfaatkan kepakaran pasukan kami dalam pengurusan risiko.